Tak jumpe ape yang anda cari? Cari Di Sini!!!

Thursday, December 15, 2011

Perodua Myvi 1st Model vs. Toyota Passo 1st Model




























Sekadar berkongsi pengetahuan, Perodua Myvi model pertama telah dilancarkan sekitar tahun 2005 & sehingga kini telah berkembang kepada varian seperti S.E, Facelift dengan pelbagai aksesori & lambakan bodykit di pasaran tempatan. Kini Myvi model ini telah digantikan dengan model baru yang berlainan bentuk. Untuk makluman, Myvi sebenarnya telah diasaskan dari chasis Toyota Passo yang terlebih dahulu dilancarkan beberapa tahun sebelumnya di pasaran Jepun.

Walaubagaimanapun, Perodua Myvi ini tidak mempunyai model konsep yang dikeluarkan secara mass production melainkan aksesori pilihan dan bodykit di pasaran 'aftermarket' yang banyak dikeluarkan oleh kilang-kilang bodykit atau pun kedai 'custom bodykit'. Berbeza dengan Toyota Passo di mana terdapat beberapa varian model konsep yang turut diperkenalkan bagi pasaran di sana. Antara yang dikeluarkan seperti model Passo Wald, Gialla, Kenstyle, ASV (Active Sport Version) & Modellista. Varian lain yang turut diperkenalkan untuk model Toyota Passo adalah model Passo Racy yang lebih kepada model sporty special edition & dipercayai telah memberi ilham kepada penghasilan varian SE untuk model Perodua Myvi.

Tetapi ini juga telah memberi ilham kepada pengeluar bodykit tempatan untuk mempelbagaikan variasi konsep modifikasi kepada model Perodua Myvi. Sebagai contoh ada yang mengambil konsep Sumiko, C-West, Fabolous & pelbagai lagi sekaligus merancakkan lagi industri modifikasi tanahair. Manakala bagi pos produksi dari Perodua, hanya varian SE diperkenalkan yang menampilkn konsep 'sporty looks' sebagai pilihan kepada pembeli. Diharap gambar-gambar yang dipaparkan dapat membolehkan kita sama-sama berkongsi pengetahuan tentang model kegemaran ramai ini. Artikel seterusnya akan membincangkan pula tentang model Facelift Myvi & Passo yang lebih terkini & sedikit berlainan......

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...