Tak jumpe ape yang anda cari? Cari Di Sini!!!

Wednesday, December 14, 2011

Kereta Pertama Di Dunia

Ferdinand Verbiest disebut-sebut sebagai orang yang pertama sekali mencipta kereta didunia. Beliau dikatakan pernah mencipta sebuah kenderaan kecil sekitar era 1670-an. Walaubagaimanapun, kesasihan cerita tersebut belum dapat dibuktikan secara tepat sehingga ke hari ini. Beliau dilahirkan pada 9 Oktober 1623 di sebuah perkampungan kecil yang dikenali sebagai Pittem di Flanders, yang kini merupakan sebahagian daripada Belgium .Verbiest dianggap sebagai seorang yang genius. Beliau mendapat pendidikan antarabangsa yang sangat luas dalam pengajian kemanusiaan bersama-sama dengan Jesuit di Bruges, bidang falsafah dan matematik di Leuven, teologi dan astronomi di Seville dan Rom. Pada 1641, beliau menyertai satu pertubuhan kristian yang dikenali sebagai Perintah-Jesuit (Order of the Jesuits ) dan dilantik sebagai paderi pada tahun 1655.

Pada tahun 1658, Verbiest meninggalkan Eropah untuk menyertai sebuah misi Gereja Roman Katolik ke China. Dalam Empayar China, beliau terkenal dengan gelaran Nan Huairen (
怀仁) dan mendapat perhatian serta penghormatan sebagai ahli matematik dan ahli astronomi. Verbiest juga bekerja sebagai seorang diplomat, pembuat peta dan penterjemah kerana dia mahir dalam beberapa bahasa iaitu Latin, Jerman, Belanda, Sepanyol, dan Itali. Sepanjang hidupnya, beliau telah menulis lebih daripada tiga puluh buku dan menjadi salah seorang sahabat yang rapat dengan Maharaja Kangxi yang sering meminta tunjuk ajar beliau dalam bidang  geometri, falsafah dan muzik.

Ferdinand Verbiest

Diantara kesemua bidang yang diceburi oleh beliau, Verbiest juga terlibat dengan eksperimen enjin stim. Sekitar tahun 1672, satu kenderaan kecil telah direka oleh beliau untuk hiburan Maharaja Cina.Ianya merupakan sebuah troli kecil yang digerakkan oleh kuasa stim yang mungkin merupakan kenderaan berkuasa stim pertama yang berjaya dihasilkan dan seterusnya merealisasikan apa yang digelar ‘automobiliti’ pada hari ini. Semua kisah penciptaan tersebut sering digambarkan dalam kerja-kerja Verbiest melalui Astronomy Europea. Ia adalah sebuah kenderaan kecil berukuran 65 cm panjang dan bukan direkabentuk untuk membawa penumpang atau pemandu manusia. Stim dijana dalam dandang berbentuk bola, keluar melalui satu paip di bahagian atas kenderaan, di mana ia dihalakan kepada satu turbin stim terbuka (seperti roda air) yang seterusnya menjana roda belakang kenderaan tersebut untuk berputar. Kesahihan penciptaan model kenderaan Verbiest itu adalah tidak diketahui samada benar ia pernah dicipta pada masa tersebut. Satu lagi ciptaan beliau ialah enjin stim untuk menggerakkan kapal.


Verbiest meninggal dunia di Beijing pada 1688, kerana cedera parah akibat terjatuh dari kuda. Beliau merupakan satu-satunya tokoh ilmiah dari Barat dalam sejarah China pernah menerima penghormatan nama lahir selepas kematian (posthumous name) daripada Maharaja China.

Mungkin ianya bukanlah satu pencapaian yang hebat jika dibandingkan dengan rekabentuk kereta kontemporari  yang kita ada pada hari ini mahupun dari segi pencapaian kejuruteraan kenderaan namun, idea beliau adalah contoh inspirasi yang hebat kerana ia menunjukkan kuasa imaginasi manusia yang mampu mencipta kenderaan kayu yang dijana enjin stim 500 kuda kira-kira empat abad yang lalu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...