Tak jumpe ape yang anda cari? Cari Di Sini!!!

Wednesday, December 7, 2011

History Of Active Myvi Community



Pada asasnya idea untuk penubuhan komuniti ini tercetus daripada perbincangan tidak rasmi semenjak pertengahan tahun 2011 oleh beberapa orang sahabat pengguna Perodua Myvi yang telah lama berkecimpung di dalam bidang permotoran dan mempunyai minat mendalam terhadap bidang modifikasi kereta serta sering memasuki pertandingan autoshow kereta di samping niat untuk mengumpulkan individu yang sealiran bagi memeriahkan lagi industri permotoran tanahair. Pertemuan tidak rasmi yang pertama di antara 3 orang ‘pioneer’ komuniti ini adalah pada 8/10/2011 bagi membincangkan nama serta konsep penubuhan komuniti ini. Setelah berjaya mengumpulkan beberapa orang lagi sahabat yang sama-sama bersetuju dengan idea komuniti ini, maka pada tanggal 20/11/2011 mesyuarat serta perjumpaan pertama telah diadakan dan secara rasminya ACTIVE MYVI COMMUNITY atau singkatannya AMC telah diasaskan. Untuk permulaan, komuniti ini akan lebih menumpukan usaha bagi memantapkan organisasi pengurusan untuk menjadi sebuah komuniti yang tidak bersandarkan kuantiti semata-mata tetapi juga menitikberatkan aspek kualiti & kebajikan setiap ahli agar tidak ada yang tercicir sebaliknya sama-sama berusaha membangunkan komuniti ini di samping matlamat asal penubuhan untuk menyertai dan memeriahkan lagi cabang sukan permotoran tanahair melalui perancangan masa hadapan seperti penyertaan dalam autoshow, gathering, aktiviti amal & riadah serta lain-lain yang berkaitan. Semoga kehadiran AMC dapat diterima baik oleh kelab2 myvi lain yang sedia ada dan sama-sama kita membangunkan dan memeriahkan industri permotoran tanahair disamping mengeratkan silaturrahim antara kita tanpa sebarang prasangka buruk dan tanpa niat untuk menjatuhkan atau bermusuhan sebaliknya bekerjasama dan saling memahami untuk mencapai lebih kejayaan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...