Tak jumpe ape yang anda cari? Cari Di Sini!!!

Wednesday, December 21, 2011

Autoshow Program Juara Rakyat @ Tasik Permaisuri

Pada 18/12/2011 pula bertempat di Taman Tasik Permaisuri, Active Myvi Community (AMC) telah dijemput oleh Kelab Promote bagi menghadiri pertandingan autoshow khas untuk Perodua Myvi bersempena dengan Program Juara Rakyat Parlimen Bandar Tun Razak. Antara kelab-kelab lain yang turut hadir pada hari tersebut adalah Youngster Myvi Club, Real Society, Jemaah of JDM & beberapa peserta persendirian. Hanya satu kategori dipertandingkan iaitu Myvi Standard Modified dengan beberapa kategori pilihan juri. Dengan keletihan yang masih terasa selepas selesai autoshow pada hari sebelumnya di Tesco Ampang, pihak AMC tetap bersemangat dengan menghantar 3 wakil untuk bertanding iaitu Mr. Presiden AMC 01 (Khalid), AMC 02 (Miez) & AMC 05 (Izmi) walaupun kehadiran crew pada hari tersebut adalah kurang memberangsangkan seperti event sebelumnya. Alhamdulillah AMC berjaya meraih tempat ke-9 (AMC 05) & tempat ke-4 (AMC 02) bagi kategori Myvi Standard Modified & AMC 02 berjaya meraih hadiah untuk Best Audio. Kami juga telah dihadiahkan trofi penghargaan untuk Best Club Support. Sesungguhnya ia menjadi tanda bahawa kehadiran AMC mula dikenali & diterima oleh kelab-kelab lain. Terima kasih pada anda semua kerana menerima kehadiran kami. Semoga ia akan menjadi pembakar semangat buat AMC untuk terus berani mengorak langkah ke depan.... Together We Strive & Rise....(pics credit to AMC 05 & Mr Kerol D-Sport).....










2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. *clapclapclap* Active Myvi Community da dpt recognition! super amaze.. since usia AMC yg sgt2 bayi.. ehehe :) super duper like! keep it up guyz!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...